Bazar Raya
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2026 (Sabtu) NADI Pokok Sena dan seluruh NADI di Malaysia telah mengadakan Bazar Raya. Penganjuran Bazar Raya NADI melibatkan ushawan NADI untuk menjual sebarang produk di NADI. Dalam masa yang sama juga terdapat program interaktif seperti NADI X Kidventure, NADI X Kesedaran & NADI X Keusahawanan pada hari tersebut.
Di samping itu juga, pihak NADI juga turut melakukan saringan kesihatan kendiri bagi pengunjung yang ingin mendapatkan pemeriksaan asas kesihatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka peluang kepada usahawan setempat untuk mempromosikan dan menjual produk mereka dalam suasana bazar yang meriah di NADI. Seterusnya menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti interaktif yang melibatkan keusahawanan, pendidikan, dan kesedaran kesihatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: